Thursday, December 20, 2012

Bab 1 [Ayie's POV] #3



Buku nota depan mata masih kosong. Otak juga terasa kosong. Dah muak tengok kertas bergaris yang masih tiada tulisan, aku mula sasarkan pandangan ke arah tasik. Tiada yang menarik, aku memandang sekeliling. Kelibat beberapa pelajar menyapa mata. Nak tengok orang buat gelak-gelak pun tak ada mood. Dari tadi asyik keluarkan mood kosong. Straight face menjadi mask muka aku sekarang. Aku dongak ke langit. Panas. Tak berawan. Mata jatuh semula ke buku nota. What should I do?

                Empty. Aku tarik nafas dalam-dalam. 

                You should go back to your dorm, kiddo. Kaki mula berdiri. Buku nota sudah disumbat masuk ke dalam beg. Terus beg disilang. Aku mahu tidur. Tanpa sedar kaki mula menapak ke kolej. 

                Lagu Resistance nyanyian Muse menampar gegendang telinga. Aku seluk poket. Nama Aiman terpapar di skrin telefon. 

                “ Assalamualaikum,” perlahan sahaja suaraku. Mood malas masih menguasai diri.

                “ Waalaikumussalam. Where are you young lady?” soalan Aiman menyebabkan langkah aku terhenti. Aku telan air liur. Aik, kenapa bunyi macam marah je?

                “ Masih di kampus. Kenapa?” 

                “ Kata nak jumpa aku kat CAIS.”

                 Aku tepuk dahi. Ya Allah, aku lupa. Aku ada janji dengan Aiman! “ Tunggu aku. Aku on the way. 5 minutes, then I’ll be there.” 

                Tanpa tunggu jawapan Aiman, aku terus end call. Tak sanggup nak dengar bebelan hebat daripada dia. Dia dan nenek aku lebih kurang sama. Kuat membebel. Belum lagi masuk bab mengemas rumah. Lebih kurang sama jugak la dia dengan nenek aku. Perfectionist! Keluar shopping pulak, Aiman yang lagak macam gadis-gadis. Aku? macam kedi golf. Pembantu terhormat Aiman untuk angkat barang. Gender disorder agaknya kitorang berdua ni.

                Earphone dalam beg ditarik. Mp3 dalam poket diseluk. Baru je nak pasang lagu, aku terdengar bunyi jeritan. Segera kepala aku berpusing ke arah jeritan itu. Dari jauh aku nampak dua pelajar perempuan kelihatan kecoh. Seorang daripadanya terduduk. Eh? Masuk longkang ke? Aku tukar haluan dari menghala ke CAIS, menghala ke arah mereka kemudiannya. Niat mahu menolong.

                Kaki aku terhenti bila melihat seorang pekerja mendekati mereka berdua. Aku tengok pekerja tu cuba mencempung badan salah seorang daripada mereka. Terkehel kaki ke tu? Kemudian datang seorang lelaki.  Student jugak rasanya. Suddenly aku terdengar pelajar tu memaki hamun pekerja yang datang mula-mula. Kuat juga suaranya. Bulat mata aku tengok kejadian maki-memaki di depan.

                “Jerk!” aku mencebik. Benci melihat perangai orang yang tiada adab. Pekerja itu sekadar mahu membantu. Wajarkah diherdik dan dimaki hamun? Lagilah dia tu student. Sepatutnya tahu manners sebagai seorang yang educated. Stupidonosorous!
 
                Pekerja yang dimaki tadi masih tercegat di situ. Masih terkesima agaknya. Kesian. Fine! Aku tak boleh tahan tengok perangai manusia macam ni. Laju aku melangkah menghampiri mereka. Aku tak peduli apa yang berlaku. Yang penting, budak lelaki tu perlu diajar apa itu adab.

                Aku cuit bahu lelaki tu. “ Assalamualaikum sedara,” Aku tarik nafas. Perlu membedil sekali nafas je ni. Dan, bedilan perlu hebat. Dengan lafaz bismillah. 

                “ Boleh tak jangan nak maki hamun orang? Cakap elok-elok tak boleh ke? Apa kau ni mulia sangat boleh nak maki orang sesuka hati? Dia datang nak tolong, kau boleh pulak nak marah-marah. Tak payah jadi hero la kalau perangai busuk macam ni.”

                Aku lihat lelaki tu dah buat muka pelik. Aku peduli apa. Janji yang aku nak cakap dah cakap. Pekerja tu aku nampak macam tak ada reaksi. Mungkin tak dengar. Jarak kami agak jauh sikit. Aku tengok perempuan yang seorang ni terkebil-kebil pandang aku. Dan yang seorang lagi, eh? Darah? Is it blood? Gosh. Ayie, for the sake of yourself, run for your life. Now!

                Tak tunggu apa dah, aku pecut seribu. Dalam berlari tu aku terasa kepala aku dah mula berpusing. Tekak aku dah terasa mual. Please, jangan pengsan kat sini. Kalau tak, semua orang tahu, Ayie yang tak ada perasaan takut darah. A must-not-tell-anyone fact! Kepala aku makin berat. Aku berhenti belakang tiang fakulti mana ntah. Aku dah tak perasan. Dah dekat CAIS rasanya. Aku terasa tak mampu nak berdiri. Aku keluarkan telefon. Dail nombor orang yang aku percaya. 

                “ Help me please. Red code!” 

                Badan aku terasa hangat. Pandangan aku mula berpusing. Tapi kemudiannya, suasana terasa nyaman. Hilang pening. Hilang hangat. 

                Gelap. 

                Sunyi. 

                Kosong.

                                                             *********


Kepala aku terasa berat. Mata pun masih berpinar. Aku melirik ke sebelah. Eh? Teddy bear? Sejak bila aku peminat teddy bear ni? Mata aku membulat. Segera aku cuba mengenal pasti di manakah aku sebenarnya. Aku cuba duduk walaupun kepala masih berpusing. Macam gasing. Lepas tu baru aku sedar, ini bukan bilik aku!

                “ Oh, dah sedar Ayie?” aku menoleh ke arah suara yang menegur. Kelihatan seorang perempuan muncul dari sebalik pintu. Di tangannya ada sebiji gelas. Gelas itu diletakkan di meja yang berada di sebelahku. Dahi aku berkerut. Cuba mengingat siapa perempuan ini sebenarnya. Otak mula mengorek memori lampau. Tak boleh recall. Atau aku… dah lupa ingatankah? Tak mungkin. Aku masih ingat nama aku. Nama aku ayie. 

                “ Nah, makan ni,” dia menghulurkan dua biji pil putih kepada aku. Wajahnya terukir senyuman. Aku masih lagi tidak mampu beri reaksi. Dia menghulurkan pula gelas yang berisi air suam kepadaku. Lambat-lambat aku mengambilnya. Sekelip mata, pil itu aku telan bersama dengan air suam. Gelas bertukar tangan. Aku mahu bertanya sesuatu tapi mulutku seakan terkunci.

                “ Kejap lagi Aiman balik. Rehatlah dulu,” perempuan itu beredar meninggalkan aku keseorangan di dalam bilik. Terkebil-kebil aku melihat pintu putih di hadapan. Aku di mana ni sebenarnya?

                Aiman! Aku cuba seluk poket mencari telefon. Tiada. Aku pandang sekeliling. Beg aku juga tiada. Mp3? Aku seluk lagi poket sebelah. Mulutku ternganga. Alamak. Tak ada! Tiba-tiba aku rasa mahu menangis. Mp3 kesayangan aku hilang! 

                “Ayie!”

                Aiman masuk membawa bungkusan plastik. Huh? KFC? Aiman tersengih-sengih sambil meletak bungkusan KFC di atas meja. Bau KFC yang menyengat hidung terasa tidak membangkitkan selera. Oh, mp3 aku. “Oit, monyok ni kenapa? Kepala masih pening lagi ke?” Tangan Aiman ligat membuka plastik KFC dan mengeluarkan ayam dari dalamnya. 

                Nothing,” nekad tak mahu cakap. Aku pandang wajah Aiman. “Aku okay,” masih degil.

                Aiman menghulurkan 2 ketul ayam kepadaku. “ Habis tu, muka monyok macam muka tak siap ni kenapa?” huh? Monyokkah? Is my face really that obvious Aiman Fairuz?

                “Err… Kau nampak tak mp3 aku?” finally, tanya jugak. Mengalah.

                Aiman buat muka kelam dengan aku. Eh, kau ni kenapa? Aku tanya betul-betul.”Ni la mp3 kau.” 

                Aiman seluk poket dan mengeluarkan mp3 yang berwarna merah. Mp3 bertukar tangan. Terasa mataku bersinar-sinar melihat mp3 itu di depan mata. Aiman keluar dari bilik dan masuk semula membawa beg aku. Beg itu juga kembali kepada tuannya. “Kemain. Berseri betul muka dapat mp3 kesayangan dia tu balik,” Aiman memerli. 

                Aku hanya tersenyum. Pedulikan. Yang penting, mp3 aku dah kembali kepada tuannya. Sekarang barulah berselera mahu membaham ayam-ayam KFC ni. Tanpa menunggu Aiman, aku mencubit isi ayam dan memasukkan ke mulut. Alhamdulillah. Rezeki hari ni. Dari ekor mata aku nampak Aiman merenung aku. Gaya tak puas hati. Tak semena-mena terasa aura bunuh daripada Aiman. What did I do wrong now? Chill Ayie, chill!

                Aiman duduk atas katil sebelah aku. Uh-oh. Screw me. “What happened to you actually? Sampai pengsan bagai?” Aiman memulakan edisi siasat.

                Aku mengunyah ayam lambat-lambat. How I’m going to tell him the story? The truth? Kebenaran yang aku menyembur mamat mana ntah then nampak darah lepas tu lari dan pengsan? For him, ini stok gelak ketawa untuk 10 tahun akan datang. Aku pandang Aiman. “Kau rasa apa?” Soalan dibalas dengan soalan.

                “Kau ingat aku ni ahli nujum ke? Mana la aku tau.” 

                “Tipu. Kau tau. “

                “Serius. Tak tau.” 

                Okay. Aiman serius. Tak senyum langsung. Aku kembali mengunyah makanan. Jawapan untuk menjawab tanda tanya Aiman dibiarkan tergantung sebentar. “Red code,”

                Aiman berkerut dahi. Kemudian melopong. Aku angkat kening. Motif?

                Seriously?” 

                Serentak itu, terdengar hilai ketawa daripada Aiman. See? Ini aku malas nak bercerita. Malas, malas! Baru cakap red code, belum lagi dengar berita sepenuhnya. Arghh. Cancel full story. Cukup la red code.

                “Darah siapa yang kau tengok ni?” tanya Aiman dengan ketawa yang masih bersisa. Aku mencebik. Nak nak je aku cepuk kau dengan tulang ayam ni haa.

                “Entah, tak tau. Ada budak perempuan yang jatuh kat longkang. Kaki dia luka,” ayam yang tinggal setengah diletakkan ke tepi. Hilang selera bercakap pasal darah. Disgusting much!  “Bak air please.

                Air pepsi dihulur. Aiman masih tersengih. “Aku ingat kau tipu masa kau call cakap red code. Betul rupanya,” Aiman buat muka troll. Aku kepal penumbuk dan tayang penumbuk kecil comel di depan Aiman. Bunyi gelak kedengaran lagi walaupun agak halus suaranya. 

                “Jerk!” 

                Aiman buat muka toya. Aku kepal penumbuk lagi. Bawak askar tambahan, teddy bear di sebelah aku tarik. Bakal jadi soldadu pertahanan di depan. Oh, teddy bear! Almost terlupa. 

                “Ni rumah siapa eh?” dari tadi aku nak tanya. Aiman tengok aku dengan mimic muka pelik. Asal mamat ni tengok aku macam tu? Aku buat salah lagi ke? Serius aku naik risau bila Aiman buat muka pelik tu. Rasa nak tumbuk pun ada jugak. 

                “Lupa ke?” Huh? Lupa apa? Kejap. Nak ingat balik. Perah tenaga kuat-kuat. Nak ingat punya pasal. Aku pandang seluruh bilik. Teddy bear penuh satu bilik. Eh, teddy bear? Ah? Kak Husna!

darkchoco®

Bab 1 [Mahathir's POV] #2


Batu di kaki aku sepak laju, tak ku peduli mana arah tujunya. Kesian batu, tempat lepas geram. Sakit betul hati aku; bukan dengan batu—tapi dengan diri sendiri.

Aku terus berjalan dari bangunan Kompleks Islam yang belum siap ke luar UNIMAS. Masam ekspresiku. Serius, menahan geram. Nasiblah stesen bas tak lah jauh sangat.

Tengah-tengah jiwa kacau, hati aku mengomel sendirian.

‘Aku nak kata orang susah, tidak, senang pun tidak. Sederhana; mungkin. Cuma, kalau ada duit aku tak bersederhana mahupun bersenang lenang. Ada duit bukan makna aku boleh beli snack plate KFC satu set. Ada duit bermakna, aku cukup makan, cukup-cukup makan, walau dua kali sehari; walau hanya nasik kosong ngan telur goreng atau ikan kembung masin. Cukuplah.’

Serabut kepala aku. Haru biru jiwaku, dan yang terutama, lapar perut ku. Ya. Aku lapar sebenarnya. Dari pagi perut tak berisi. Kecewa bila bukak wallet ada 2 ringgit je. Cukup2 untuk ambek bas untuk pulang. Ini suma malam tadi punya punca! Menyesal!

Malam tadi game Thailand vs. Malaysia memang mencibaikan.

Aku bertaruh. Habis 10 ringgit aku—bet dengan Roslan, Mat Yo, Uci dan Paan. Babi lah Paan ngan Mat Yo, habis dikebas nya duit kitorang bertiga.

“Bukan rezeki kau lah bro.” Mat Yo menenangkan.
“Kepala kau bukan rezeki aku. Aku bet Malaysia to win ni kira harap Malaysia menang. Bukan macam korang.” Bebel aku.

Dengan semangat patriotisme aku bertiga dengan Roslan dan Uci bet Malaysia to win, bukan macam si balaci tomoi dua orang tu.

“We play smart, bro.” Sambung Paan, Mat Yo disokongnya.

Ya, aku mengiyakan kata mereka—betul katanya; they play smart sebab nak duit. Bukan mereka tak sokong team Negara tapi mereka bet untuk menang—dapat duit. Tapi aku, mungkin terlalu jujur—tak pun, mungkin terlalu tinggi semangat patriotikku. Tak ada sesen pun jumlah duit aku, aku bet Thailand to win. Non. Macam takde satu zarah pun dalam badan aku, aku sokong Thailand. Pui.

Bukan macam reff game semalam. As if mengadili untuk pasukan Thailand semata-mata! Aku harap reff tu akan tersalah main ngan pondan malam ni kat Thailand!!!!

Tapi, bias si referee sebenarnya—a common thing; yang mungkin akan menyahsemangatkan pasukan Malaysia. Sampaikan nampak sangat pemain Malaysia hilang semangat harimaunya—bila main 10 orang. Farizal separuh mati jaga tiang gol, yang lain dah hilang semangat.

Tapi ini yang aku menyesal sangat dengan bangsa kita—tak pandai grab chances. Kalau hari tu main betul-betul kat Malaysia dan menang 2-1, kan dah kira agregat 3-3 malam tadi, masih ada harapan nak menang.

Tak usah cakap ngan aku ni Tuhan punya kerja. Kepala kau! Tuhan tak ubah lah nasib kita kalau kita yang tak mengubahnya.

Sama jugak  macam game bola sepak semalam. They didn’t grab the chances; they didn’t do right at the first place. Pernah dengar Teori Zajonc? Aku pernah baca pasal teori ni dalam buku Roslan, waktu aku teman dia buat assignment 2 tahun lepas. Entah semangat mana yang merasuk aku tetiba je baca buku 500+ pages tebalnya!

Ohya, by the way, it’s a drive/motivational theory; a psychology theory. Ringkasnya, teori tu pasal presence of others atau crowds will affect our performances. Kalau pemain Malaysia apply betul2 teori ni masa lawan kat Malaysia dengan penyokong mereka yang semangatnya menggila, mungkin boleh menang. Dan mungkin Thailand dah apply teori ni; dan ya, ia lebih kurang teknik psiko. Malaysia mungkin kalah sebab di-psiko oleh Thailand dan penyokong-penyokongnya.

Dan disebabkan itulah aku geram dan sakit hati sampai tak mampu nak makan! Memang buat kacaulah sebab kalahnya team Negara dan kalahnya taruhan RM10 aku!!
My bet—Malaysia to win 1-0. Dengan taruhan 10 ringgit, aku dah bayangkan kalau aku dapat RM30 bila diorang decide RM3 untuk Malaysia menang dan RM2 untuk Thailand menang, aku nak beli top up ngan beli snack plate untuk Juna, tapi hancur, berkecai.

“Abang. Nanti abang belikan Juna ayam KFC k.”

Kesian Juna. Adik aku sorang tu pun cakap teringin nak makan ayam hot and spicy KFC bila tengok iklan McD di tv minggu lepas. Tengok iklan McD mesti mintak KFC. Pelik. Tapi. Kesian. Manalah dia pernah makan McD. Aku pun macam jakun je kalau masuk McD sebab taktau apa aku nak makan. Segan tetiba bila taktau nama menu. Last2, angkat kaki, blah. Aku rasa McD ni tempat budak2 hipsters lepak. Tempat budak2 bawak laptop dan segala macam smartphones dan online di situ. Tempat budak2 pakai tshirt kolar dan meng-up-kan kolar sambil ada kamera hitam DSLR tergantung. Dan ambil gambar burger McD sebelum dipostkan ke laman sosial memasing.

Entah. Itu pandangan aku sahaja. Judgement aku. Firasat aku. Sebab bila try nak usha makan di situ, pasti aku rasa segan tetiba---dengan environmentnya, terutamanya.

Yelah, aku taktau satu nama burger McD skalipun. Nanti ditanya cashier,
“fries nak large ke regular?” macam bila Opi 1st time bawak aku dating sana.
Aku jawab small.
Terus Opi ketawa tak ingat dunia.

“Ahhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!” suara perempuan menjerit mengejutkan aku daripada memori indah Opi.

Aku yang tengah tekun berjalan ke stesen bas dengan muka keras dan masam terus berpaling ke arah dua orang perempuan di seberang jalan, sorang daripadanya  macam nak jatuh dan termasuk dalam longkang. Kot. Tak pasti.  Dia hanya nangis kesakitan. Kawan dia mintak tolong orang kat situ. Aku tengok melopong, statik, tak bergerak, tak ada perasaan. Yang pasti, malas nak ambek peduli. Jadi anti-social dan kera sumbang lebih senang, buat masa ni.

Sebab.

Bulan lepas ada kes, ada pekerja buruh Indonesia pergi meragut sorang pelajar pompuan. Dan semestinya aku yang berpakaian lusuh, berbutkan Doc Mart yang tak original ni yang hari2 ulang-alik ke sana untuk bekerja pun terimpak sama hasil daripada kes tu. Kena pandang semacam je especially ngan budak2 perempuan di sini.

Yang pasti, itu bukan pandangan tertawan yang macam Opi selalu berikan, tapi itu pandangan jelik, pandangan takut dengan lelaki selekeh macam aku.

Tapi tak sampai hati bila tak ada siapa datang membantu. Aku patah balik, pergi dekat mereka.

Kaki budak pompuan tu gila banyak keluar darah, sebab besi longkang macam tercucuk kat kaki dia. Aku cuba dukung budak bertudung tu. Ringan. Macam Opi. Tapi aku tak pernah dukung pompuan lain selain Opi.

"Kena bawak dia gi hospital. Banyak sangat darah ni." kata aku pada kawan dia.

“Oi! Kau buat apa?” tiba-tiba ada suara manusia terpelajar tapi kurang ajar, tinggi nadanya; berteriak.

Babi aku menyumpah. Terkejut aku do.
“Kau nak dukung dia jalan kaki sampai ke klinik? Nak tunjuk hero lah ni?” Sinis nadanya. Ketawa dia memperlekehkan niat aku.

“Meh aku yang bawakkan dia.”

Cibai punya manusia. Buat apa otak geliga kalau kau tak punya budi bahasa. Aku  terus menjarakkan diri dengan budak terpelajar-lah-sangat ni, tapi tak bergerak—mungkin masih terkejut diteriak sedemikian rupa. Aku diamkan saja.

Mak aku selalu pesan kita kena hormat orang yang ilmunya tinggi2. Aku anggap, budak jambu bau wangi ni berilmu tinggi. Kalau aku tak ingat Mak, mungkin ada kes kedua; pekerja tumbuk pelajar—tersebar di UNIMAS. Selalunya, tangan dan mulut aku ni lagi cool dari hati. Kalau akal tak control hati aku masa tu, dah aku cacimakiterajangkan lelaki jambu tu.

Aku tarik nafas, sabar. Tanpa satu kata keluar dari mulut yang cool but deep is burning ni, aku angkat kaki.

‘Baik aku balik.’ Fikirku.

Aku toleh balik ada sorang pompuan tengah marahkan budak laki tu, mungkin girlfriend dia—marahkan dia sebab dia dukung budak pompuan-jatuh-longkang tu—and, I don’t give a single fuck. Aku malas dah nak ambek kisah pasal budak-budak ni. Buat baik diperli, buat jahat lagilah dikeji.

Sebelum sakit hati aku terus menggila, aku blah.  Dia pun blah ngan kereta MyVi hitamnya.

“Pui. Baru je drive MyVi kau dah berperangai-pergi-mampus. Aku pun pernah drive Bugati Veyron lah.” Marahku sendiri. “tapi dalam Need for Speed: Hot Pursuit je lah.” Sambung ku, ketawa dalam marah bila teringat ngan game PS Paan.

Mujur bas cepat sampai.

**********

Petang tu sampai ke magrib aku kusut je. Pokai kemain sepanjang tahun; sepanjang hidup—mungkin. Mujurlah malam datang bertandang, dan aku paling suka malam. Setiap malam, aku mesti ada satu perasaan ini, perasaan indah. Lagi-lagi kalau sejuk, hujan—macam malam ni.

Daripada baring sambil main ngan game Snake II dalam handphone Nokia sabun aku, aku terus end game. Tercari-cari dalam gallery video klip yang aku mintak Abang Sompong bluetoothkan kelmarin. Penat s**l aku semalaman sampai tak tersempat nak tengok si Erika Sato. Dah jumpa, terus aku ambilkan earphone dan tekan butang play.

Rare ni Thir.” Ujarnya masa dia show-offkan koleksinya.
“Mana tak nya Bang Sompong, yang mainstream nya Maria Ozawa je. Sampai aku pun muak.” Jujur aku menyatakan.

“Terer lah bang. Mana kau dapat semua ni?” Tanya aku.
Dia senyum je; nampak gigi rongak, kuning.

Mamat Indon ni lagi advanced dari aku. Sejak kerja kat Malaysia, dia  dah guna Blackberry dah. Siap ada pelan internet lagi. Cibai mana lah dapat duit. Kerja sama je macam aku, angkat simen, angkat batu, buat bangunan. Aku daripada lahir tinggal Malaysia dapat pakai Nokia sabun je. Aku tak tahu apa sebenarnya nama model handphone aku ni, aku beli takde kotak. Aku beli dari member aku yg jual, RM100. Nak tersunat jugak lah aku bayar, tapi niat nak upgrade sikitlah kan buat MMS ngan Opi dulu2.

Tangan di dalam boxer terus bekerja sambil si Erika Sato beraksi dalam skrin Nokia sabun aku. Cantik. Macam Opi. Manja. Macam Opi. Terus muka seksi Erika Sato bertukar jadi Opi. Sampai masa, aku tarik tuala masuk dalam jamban melepaskan hajat, lama pula rasa tak bayar bil air. Sumpah, aku betul2 rindukan Opi.

Itu kerja aku setiap malam sejak Opi tinggalkan aku. Panggil lah aku apa-apa pun. Yang penting, aku tak rosakkan anak dara orang—kecuali Opi.

Dulu, masa kitorang masih bersama, jujurnya asmara itu macam penghias, satu resepi rahsia—dalam hubungan aku dan dia. Hampir  tiap malam aku sneak in rumah dia dan bersenggama. Aku anggap ia suci. Sebab aku betul-betul sayang dan ikhlas ngan dia. Dan kitorang betul-betul gila dengan perasaan ini. Tipulah kalau aku tak pernah ajak dia nikah. Cuma nikah di zaman pasca moden ini terlalu mahal harganya. Semakin tinggi status level kau, semakin mahal lah engkau. Kalau aku boleh balik zaman Nabi dulu, mungkin aku dan Opi dah ada anak pun sekarang.

“Kalau kau ada 10 ribu kau nak masuk minang Sofea, aku terus panggil tok kadi hari ni.”- bapak Opi.
Sadis. Masa tu kalau ada 10 ringgit pun dah cukup. Itu pun sebulan sekali Mak aku kasi.

“Kalau orang simpan singgit sebulan boleh?” Dia macam biasa angguk senyum dan baring atas dada aku.
Harapan ada. Nothing was impossible that time. But it is impossible now. Tuhan dah ambek dia. Mungkin sebab aku selalu lupa Tuhan, sebab tu Tuhan ambek benda paling aku suka dan sayang dari aku.

Aku termenug—aku renung wallpaper Nokia sabun aku; ada gambar aku dan dia serta ngan tulisan ‘Mahathir &  Sofea’, aku edit guna Photoscape di atasnya.

Lagu Last Kiss Pearljam aku mainkan bila teringat dengan Opi. Dan bila dah ‘lepas rindu’ ngan Opi, aku terus tidur. Malas melayan perasaan rindu yang menggila ni. Esok aku kena kembali angkat batu bata lagi.

-mucky fingers- 

Bab 1 [Nasuha's POV] #1



Aku hanya mengepal tanganku lantas duduk di meja study menahan amarah. Tak la marah sangat pun sebenarnya. Cuma perasaan geram yang menggunung semakin mencantas kesabaran yang ku tahan-tahan ketika itu. Mar seolah-olah memahami gelodak jiwaku. Mungkin saja untuk meredakan keadaan dia bangun dari pembaringan seraya berkata.

                “Kau tak pergi keluar ke Suha. Tini macam bersiap-siap ni nak keluar rasanya kot. Tak ikut ke?” Tanya Mardiah cuba memecah kesunyian dari tadi lalu megoles senyuman di wajahnya bagi menggantikan wajahku yang kian masam. Sekali lagi menahan geram! Kulihat perilaku Kartini di hadapan cermin. Menyikat rambutnya yang panjang separas dada itu. Menyikat dan mendandan dirinya tanpa menghiraukan apa-apa pun. Apa-apa pun! Satu pun tidak!

                Kartini dan Mardiah merupakan roommate aku untuk semester kali ini. Sistem di universiti kami tidak membenarkan ahli-ahli bilik dikekalkan sama untuk setiap Semester. Bilik pun harus ditukar dari blok ke blok atau tingkat ke tingkat. Memang menyusahkan pelajar-pelajarnya. Namun apakan daya. Peraturan memaksa kami untuk mengikuti segala peraturan yang telah ditetapkan sepanjang tempoh pembelajaran. Kalau tak, denda la jawabnya. Kena bayar sejumlah amaun yang telah dikuatkuasakan. Kalau seringgit dua tak pe la jugak. Ini sampai RM150. Tak ke cekik darah namanya tu! Nak ambik untung la tu kot. Apa-apa je la!

                “Tak!! Malas!!” Aku kembali ke katilku lalu baring membelakangi mereka. Kartini yang sudah siap mengatur tudungnya, mengambil beg tangan lalu bersedia untuk keluar dari bilik. Dia duduk sebentar di mejanya melihat barangan yang mungkin mahu diisikan sehingga padat ke dalam beg tangan Guess nya itu. Amboi! Baru student dah memandai nak pakai barangan branded. Sah-sahlah pakai duit PTPTN. Begitulah budak-budak zaman sekarang. Dari gadjet sehingga ke pakaian mahukan yang berjenama. Kalau dah kerja takpe jugak. Ni masih duit hutang. Hutang yang belum tentu kau akan mampu bayar 3 4 tahun akan datang. Entah-entah kena blacklist baru tau nama tuh. Nah!! Pegila makan barangan branded ko time tu! Keluhku didalam hati. Kegeraman ku semakin memuncak nampaknya.

                “Kak Nasuha, Kak Mardiah, Tini nak keluar ni. Ada apa-apa pesan tak?”

   “Takde la kot Tini. Hati-hati jela ye. Nanti kalau ada apa-apa kami sms je okay? Tini nak keluar dengan siapa ni?”

Kartini tersengih-sengih. Aku mendengar sengihannya itu seolah-olah tahu dengan siapa temannya nanti. Pakwe la tuh! Mardiah pun seakan-akan dapat mengagak dari balik wajah Kartini yang senyum-senyum kambing itu.

“Patutla lawa-lawa sangat ni kan. Hehe. Hati-hati jela ye Tini.”

“Okay. Jaga diri!” Kartini memberi salam sebelum menutup daun pintu bilik kami. Aku kemudiannya baring menelentang setelah kelibat Kartini hilang dari pandangan. Mardiah lantas duduk di birai katilku. 

“Hoi!! Dah-dahlah marah tu. Kan budak lagi dia tu. Kau ni pun. Aku tau kau hot pasal bilik air yang Tini pakai tadi kan? Dengan air yang dia tak isi balik lepas guna. Barangan mandian yang bersepah sana sini tak letak dekat tempat asal. Lagi, lepas sikat rambut, rambut-rambut gugur dia bertaburan tak kutip balik. Padahal baru je ko sapu pagi tadi kan. Hihi. Baju-baju dia ampai situ sini je. Haha. Kau ni. Pembersih sangat. Kemas sangat. Benda simple tu pun nak lepaskan geram. Biasala tu. Lain orang lain perangai. Aku ni lama dah kenal kau. Dah dua kali kita sama bilik. Semester Satu dengan last sem ni. Tau sangat dah perangai bersih kau tu. Dah-dahlah. Pagi-pagi tak baik monyok-monyok. Haha!” Mar menepuk pahaku sambil mengekek ketawa.

“Aku ni pantang sangat tau. Berapa kali aku dah pesan. Aku cakap baik-baik lagi. Mana disiplin dia. Ni satu rumah ni, satu bilik sama-sama pakai. Sama-samala jaga kebersihan. Ni tak, nak keluar rumah je nampak bersih diri, tapi......” bibir ku ketap menahan amarah. Ya! Kali ni benar-benar marah. Tak main-main nih! Jangan berani menyolok sarang tebuan ketika ini. Amboi! Berperibahasa pulak. Padahal hati tengah panas. 

“Dahlah. Biarlah. Satu Semester ni je lagi. Bertahanlah wei. Tak jumpa lagi lepas habis study nih. Tak tau la pulak kalau kau berjodoh dengan abang dia ke, adik dia ke, entah-entah bapak dia kot. Haha!” Usik Mar cuba mengumpan mood aku yang telah rosak itu. Mataku mencerlang kearahnya. Budak ni kalau dibiar memang tak habis mengusik sampai ke malam nanti.

“Dah. Dah! Kau tu pun ingat. Kalau masak jangan biar-biar je dapur tu lepas pakai tau. Aku tak suka. Sinki pun pastikan clear je sentiasa. Setakat satu pinggan satu cawan jangan la dok besarang lama sangat kat sinki tu. Kita ni kalau rajin, bersih, kemas, tak rugi! Sendiri jugak yang untung nanti.”

“Okay! Okay! Baiklah mem besar! So hari ni nak masak ke makan kat kafe? Macam malas nak buat lauk la Suha. Lagipun duit dah masyuk. Jum ler. Lapar ni tau”

“Tula manusia. Ada duit membazir. Korang ni! Yela! Aku siap dulu. Pasni kita singgah kafe. Kau tak bertudung takpela. Boleh gak keluar gitu je. Aku ni nak kena iron lagi. Baju, tudung, semua nak kena siap awal.”

“Baiklah mak encik. Cepatla bersiap ye. Lapar sangat dah ni.” Mardiah memuncungkan mulutnya lantas ku balas dengan cebikan dariku.

Aku menuju ke arah almari pakaian dan mengeluarkan pakaian. Cukuplah setakat jeans lusuh yang biasa ku pakai untuk aktiviti santai bersama blaus yang simple sahaja. Yalah. Bukan nak pergi ke mana-mana pun. Setakat membeli makanan untuk lunch saja. Tudung bawal yang kemas berlipat ku keluarkan dari simpanan. Light pink serona warnanya dengan blaus yang bakal kugayakan nanti. Aku ni kalau apa-apa baju yang mahu digunakan tak digosok aku takkan mahu keluar. Kerana sudah menjadi kebiasaanku. Tak suka kusut-kusut. Orang pandang nanti malu. Apa yang orang lihat, itulah first impression orang terhadap kita. Pasal perangai apa suma tu kena jugak la jaga. Cantik luar tak cantik dalam takde maknanya jugak kot!

Sambil menggosok tudung bawal kepalaku ligat berputar. Aku hairan mengapa manusia begitu mudah lupa diri apabila duit penuh berisi di tangan tersimpan penuh di saku dan dompet. Teringat pula kata-kata seseorang suatu ketika dahulu. Manusia ni memang lain fi’il, lain sikap, lain perangai.  Kadang-kadang orang yang biasa-biasa ni apabila ada seratus ditangan, dia rasakan dialah orang yang paling kaya ketika itu. Namun ada pula orang kaya walaupun sejuta simpanannya tetap tidak merasa puas akan apa yang diperolehinya malah semakin ligat dengan ketamakan yang menguasai diri. Begitulah juga perihalnya kita. Jangan cepat merasa puas dengan apa yang ada! Namun jangan pula tamak pabila rezeki menyinggah kita!

                                                  * * * * * * * * *


Perjalanan ke kafe tidak mengambil masa yang lama. Aku bersyukur kerana blok asramaku tidak begitu jauh dari kafe yang sedia ada.  Berbanding kafe-kafe yang lain, inilah yang terdekat untuk kami. Mudah untuk berjalan kaki sahaja. Yalah. Mungkin juga pilihan lauknya tidak begitu pelbagai seperti kafe-kafe yang lain. Namun jika harus menaiki kereta atau motosikal bagiku tetap menjadi perkara yang sama. Menyusahkan! Nak cari transport lagi satu hal. Aku bukannya suka sangat nak tumpang-tumpang orang ni. Menyusahkan orang sahaja. Dalam hati manusia ni siapa yang tahu kan? Lagipun aku jarang pergi ke kafe. Aku lebih suka memasak di asrama kami. Dapur sudah disediakan. Segala perkakasan memasak lengkap bagiku jika hanya sekadar memasak lauk yang simple sahaja. Bukan nak masak untuk kenduri pun kan. Perlu kawah bagai. Tak payah!

                Dari jauh kulihat kafe lengang. Mungkin ramai yang keluar. Biasalah hujung minggu. Nak-nak lagi PTPTN dah keluar. Memang sakan la mereka ni shopping di bandar tu. Hatiku terus-terusan mengutuk. Takpela. Monolog sendirian je pun. Dosa kat bahagian buruk sangka jela. Hehe. Kalau aku dapat duit tu, baik aku beli lauk untuk makan lagi sedap. Perut pun kenyang. Sebenarnya dari awal lagi aku sedar, sebenarnya aku agak kedekut untuk diriku sendiri. Baju-baju pun jarang dibeli. Pakai yang seadanya. Seluar, tudung, skirt macam-macamlah trend sekarang ni. Apatah lagi high heels ke, sandal ke, kasut ke. Selagi boleh diguna pakai, aku tidak akan menggantikannya. 

                Sebenarnya sebagai perempuan atau lebih sinonim wanita yang sedang menginjak umur-umur dewasa ni, haruslah untukku berperasaan seperti wanita-wanita yang lain. Hormon wanita ni sama je. Keinginan yang sama. Kehendak yang sama. Tak banyak bezanya. Cuma keyakinan yang membezakan. Mungkinlah! Yakin nak beli ke tidak. Yakin nak habiskan duit ke tak nak. Kan? Kan? Aku sekadar memberi pendapat di ruang fikiranku. Hanya diriku, akalku dan fikiranku yang berbicara kini. Tak salah rasanya. Sekali lagi aku bermonolog sendirian.

                Mardiah kulihat sedang ligat bermain dengan Galaxy Tabnya. Kami berjalan beriringan namun belum sepatah apa pun lagi bicara keluar mengiringi langkah kami. Aku hanya menikmati keindahan kampus. Malas mahu mengganggu Mar dengan kesibukannya itu. Mar ni untung. Orang senang. Tak payah PTPTN pun mak bapak dia mampu dari segala segi. Namun dia tidak sombong. Malah dia mengikut gaya-gayaku yang bukan sepertinya yang senang itu. Walaupun dilengkapi dengan pembantu rumah Mar tidak malas, malah bersih, kemas dan rajin. Aku senang dengan perilakunya. Aku kagum dengan kerendahan dirinya yang tidak menunjuk-nunjuk seperti siswa-siswi yang lain. Dibalik pemikiranku itu, aku tersenyum mengenangkan sikapnya. Fikiranku menerawang. 

                 “Dangggg...”

           "Ouch. Apa ni!! Mar !!” Lamunanku terhenti. Antara sedar dan tidak, kakiku sebelah kiri sudah pun berada didalam longkang kecil dihadapan kafe yang bakal kami kunjungi. Aku tidak begitu pasti apakah perasaanku ketika itu.

                “Astaghfirullah Suha! Apa dah jadi ni? Tolong!” Mar cuba meraih pertolongan. Kakiku tersepit di antara besi-besi longkang. Memang sebenarnya ada satu bahagian longkang yang mungkin rosak dimana ruangannya agak besar. Biasanya aku selalu mengelak apabila melaluinya. Namun tidak pada hari ini. Dan jika tidak berhati-hati maka akan terjadilah insiden sepertiku ini. Aku tidak tahu apakah perasaan ku ketika itu. Malukah aku? Walaupun pengunjung kafe tidak ramai namun insiden itu tetap menjadi perhatian dalam kalangan mereka. Sakitkah kakiku? Aku belum lagi merasa kesakitannya ketika itu. Aku hanya dapat melihat darah-darah keluar dari jeans lusuhku dibahagian betis. Kalutkah aku? Tidak!! Bukan aku yang kalut, namun Mardiah yang menggantikan kekalutan itu. Terasa sedikit kelucuan di atas apa yang terjadi namun aku tidak mampu untuk ketawa pula. Aku seolah-olah tidak dapat berfikir dengan waras. Terkejut! Ya barangkali terkejut dengan apa yang berlaku. Tiba-tiba aku merasakan kaki kiriku diangkat perlahan dari longkang itu dan di situlah kesakitanku bermula.

                “Tolong angkat kawan saya ni bang. Hantar ke klinik bang!” suara Mar yang serak menahan tangis sambil memegang bahuku. Aku terharu. Dan tentulah terharu bercampur dengan kesakitan yang kuhadapi kini. Sebak plus sakit! Tiba-tiba aku merasakan diriku didukung oleh seseorang. Aku kurang pasti siapa. Namun dengan beratku yang 48 kilogram ini mungkin hanya seorang lelaki yang mampu untuk mengangkatnya. Kalau pun perempuan pastilah dia pernah mewakili pertandingan untuk acara angkat berat. Nah! Kepalaku sempat lagi mencoret perkara yang bukan-bukan. Nasuha, Nasuha! Kini, aku seperti mahu marah kerana badanku diangkat sesuka hati oleh lelaki yang bukan muhrimku. Susah payah aku menjaganya selama ini. Namun jiwaku kian lemah. Badanku apatah lagi. Kesakitan di kaki kini menular ke seluruh pelosok badanku pula. Mulutku terasa ingin memaki ‘dia’ yang menyentuhku itu. Namun semakin aku terasa ingin marah, semakin itu pandangan ku kian kelam. Kabur dan bertukar gelap. Kepalaku berat dan pening! Ayat terakhir yang kedengaran selepas itu hanyalah, “Besi longkang tercucuk di betis kakinya, kita harus bawak dia ke hospital dengan segera!" 


mekjiwang®