Thursday, December 20, 2012

Bab 1 [Nasuha's POV] #1



Aku hanya mengepal tanganku lantas duduk di meja study menahan amarah. Tak la marah sangat pun sebenarnya. Cuma perasaan geram yang menggunung semakin mencantas kesabaran yang ku tahan-tahan ketika itu. Mar seolah-olah memahami gelodak jiwaku. Mungkin saja untuk meredakan keadaan dia bangun dari pembaringan seraya berkata.

                “Kau tak pergi keluar ke Suha. Tini macam bersiap-siap ni nak keluar rasanya kot. Tak ikut ke?” Tanya Mardiah cuba memecah kesunyian dari tadi lalu megoles senyuman di wajahnya bagi menggantikan wajahku yang kian masam. Sekali lagi menahan geram! Kulihat perilaku Kartini di hadapan cermin. Menyikat rambutnya yang panjang separas dada itu. Menyikat dan mendandan dirinya tanpa menghiraukan apa-apa pun. Apa-apa pun! Satu pun tidak!

                Kartini dan Mardiah merupakan roommate aku untuk semester kali ini. Sistem di universiti kami tidak membenarkan ahli-ahli bilik dikekalkan sama untuk setiap Semester. Bilik pun harus ditukar dari blok ke blok atau tingkat ke tingkat. Memang menyusahkan pelajar-pelajarnya. Namun apakan daya. Peraturan memaksa kami untuk mengikuti segala peraturan yang telah ditetapkan sepanjang tempoh pembelajaran. Kalau tak, denda la jawabnya. Kena bayar sejumlah amaun yang telah dikuatkuasakan. Kalau seringgit dua tak pe la jugak. Ini sampai RM150. Tak ke cekik darah namanya tu! Nak ambik untung la tu kot. Apa-apa je la!

                “Tak!! Malas!!” Aku kembali ke katilku lalu baring membelakangi mereka. Kartini yang sudah siap mengatur tudungnya, mengambil beg tangan lalu bersedia untuk keluar dari bilik. Dia duduk sebentar di mejanya melihat barangan yang mungkin mahu diisikan sehingga padat ke dalam beg tangan Guess nya itu. Amboi! Baru student dah memandai nak pakai barangan branded. Sah-sahlah pakai duit PTPTN. Begitulah budak-budak zaman sekarang. Dari gadjet sehingga ke pakaian mahukan yang berjenama. Kalau dah kerja takpe jugak. Ni masih duit hutang. Hutang yang belum tentu kau akan mampu bayar 3 4 tahun akan datang. Entah-entah kena blacklist baru tau nama tuh. Nah!! Pegila makan barangan branded ko time tu! Keluhku didalam hati. Kegeraman ku semakin memuncak nampaknya.

                “Kak Nasuha, Kak Mardiah, Tini nak keluar ni. Ada apa-apa pesan tak?”

   “Takde la kot Tini. Hati-hati jela ye. Nanti kalau ada apa-apa kami sms je okay? Tini nak keluar dengan siapa ni?”

Kartini tersengih-sengih. Aku mendengar sengihannya itu seolah-olah tahu dengan siapa temannya nanti. Pakwe la tuh! Mardiah pun seakan-akan dapat mengagak dari balik wajah Kartini yang senyum-senyum kambing itu.

“Patutla lawa-lawa sangat ni kan. Hehe. Hati-hati jela ye Tini.”

“Okay. Jaga diri!” Kartini memberi salam sebelum menutup daun pintu bilik kami. Aku kemudiannya baring menelentang setelah kelibat Kartini hilang dari pandangan. Mardiah lantas duduk di birai katilku. 

“Hoi!! Dah-dahlah marah tu. Kan budak lagi dia tu. Kau ni pun. Aku tau kau hot pasal bilik air yang Tini pakai tadi kan? Dengan air yang dia tak isi balik lepas guna. Barangan mandian yang bersepah sana sini tak letak dekat tempat asal. Lagi, lepas sikat rambut, rambut-rambut gugur dia bertaburan tak kutip balik. Padahal baru je ko sapu pagi tadi kan. Hihi. Baju-baju dia ampai situ sini je. Haha. Kau ni. Pembersih sangat. Kemas sangat. Benda simple tu pun nak lepaskan geram. Biasala tu. Lain orang lain perangai. Aku ni lama dah kenal kau. Dah dua kali kita sama bilik. Semester Satu dengan last sem ni. Tau sangat dah perangai bersih kau tu. Dah-dahlah. Pagi-pagi tak baik monyok-monyok. Haha!” Mar menepuk pahaku sambil mengekek ketawa.

“Aku ni pantang sangat tau. Berapa kali aku dah pesan. Aku cakap baik-baik lagi. Mana disiplin dia. Ni satu rumah ni, satu bilik sama-sama pakai. Sama-samala jaga kebersihan. Ni tak, nak keluar rumah je nampak bersih diri, tapi......” bibir ku ketap menahan amarah. Ya! Kali ni benar-benar marah. Tak main-main nih! Jangan berani menyolok sarang tebuan ketika ini. Amboi! Berperibahasa pulak. Padahal hati tengah panas. 

“Dahlah. Biarlah. Satu Semester ni je lagi. Bertahanlah wei. Tak jumpa lagi lepas habis study nih. Tak tau la pulak kalau kau berjodoh dengan abang dia ke, adik dia ke, entah-entah bapak dia kot. Haha!” Usik Mar cuba mengumpan mood aku yang telah rosak itu. Mataku mencerlang kearahnya. Budak ni kalau dibiar memang tak habis mengusik sampai ke malam nanti.

“Dah. Dah! Kau tu pun ingat. Kalau masak jangan biar-biar je dapur tu lepas pakai tau. Aku tak suka. Sinki pun pastikan clear je sentiasa. Setakat satu pinggan satu cawan jangan la dok besarang lama sangat kat sinki tu. Kita ni kalau rajin, bersih, kemas, tak rugi! Sendiri jugak yang untung nanti.”

“Okay! Okay! Baiklah mem besar! So hari ni nak masak ke makan kat kafe? Macam malas nak buat lauk la Suha. Lagipun duit dah masyuk. Jum ler. Lapar ni tau”

“Tula manusia. Ada duit membazir. Korang ni! Yela! Aku siap dulu. Pasni kita singgah kafe. Kau tak bertudung takpela. Boleh gak keluar gitu je. Aku ni nak kena iron lagi. Baju, tudung, semua nak kena siap awal.”

“Baiklah mak encik. Cepatla bersiap ye. Lapar sangat dah ni.” Mardiah memuncungkan mulutnya lantas ku balas dengan cebikan dariku.

Aku menuju ke arah almari pakaian dan mengeluarkan pakaian. Cukuplah setakat jeans lusuh yang biasa ku pakai untuk aktiviti santai bersama blaus yang simple sahaja. Yalah. Bukan nak pergi ke mana-mana pun. Setakat membeli makanan untuk lunch saja. Tudung bawal yang kemas berlipat ku keluarkan dari simpanan. Light pink serona warnanya dengan blaus yang bakal kugayakan nanti. Aku ni kalau apa-apa baju yang mahu digunakan tak digosok aku takkan mahu keluar. Kerana sudah menjadi kebiasaanku. Tak suka kusut-kusut. Orang pandang nanti malu. Apa yang orang lihat, itulah first impression orang terhadap kita. Pasal perangai apa suma tu kena jugak la jaga. Cantik luar tak cantik dalam takde maknanya jugak kot!

Sambil menggosok tudung bawal kepalaku ligat berputar. Aku hairan mengapa manusia begitu mudah lupa diri apabila duit penuh berisi di tangan tersimpan penuh di saku dan dompet. Teringat pula kata-kata seseorang suatu ketika dahulu. Manusia ni memang lain fi’il, lain sikap, lain perangai.  Kadang-kadang orang yang biasa-biasa ni apabila ada seratus ditangan, dia rasakan dialah orang yang paling kaya ketika itu. Namun ada pula orang kaya walaupun sejuta simpanannya tetap tidak merasa puas akan apa yang diperolehinya malah semakin ligat dengan ketamakan yang menguasai diri. Begitulah juga perihalnya kita. Jangan cepat merasa puas dengan apa yang ada! Namun jangan pula tamak pabila rezeki menyinggah kita!

                                                  * * * * * * * * *


Perjalanan ke kafe tidak mengambil masa yang lama. Aku bersyukur kerana blok asramaku tidak begitu jauh dari kafe yang sedia ada.  Berbanding kafe-kafe yang lain, inilah yang terdekat untuk kami. Mudah untuk berjalan kaki sahaja. Yalah. Mungkin juga pilihan lauknya tidak begitu pelbagai seperti kafe-kafe yang lain. Namun jika harus menaiki kereta atau motosikal bagiku tetap menjadi perkara yang sama. Menyusahkan! Nak cari transport lagi satu hal. Aku bukannya suka sangat nak tumpang-tumpang orang ni. Menyusahkan orang sahaja. Dalam hati manusia ni siapa yang tahu kan? Lagipun aku jarang pergi ke kafe. Aku lebih suka memasak di asrama kami. Dapur sudah disediakan. Segala perkakasan memasak lengkap bagiku jika hanya sekadar memasak lauk yang simple sahaja. Bukan nak masak untuk kenduri pun kan. Perlu kawah bagai. Tak payah!

                Dari jauh kulihat kafe lengang. Mungkin ramai yang keluar. Biasalah hujung minggu. Nak-nak lagi PTPTN dah keluar. Memang sakan la mereka ni shopping di bandar tu. Hatiku terus-terusan mengutuk. Takpela. Monolog sendirian je pun. Dosa kat bahagian buruk sangka jela. Hehe. Kalau aku dapat duit tu, baik aku beli lauk untuk makan lagi sedap. Perut pun kenyang. Sebenarnya dari awal lagi aku sedar, sebenarnya aku agak kedekut untuk diriku sendiri. Baju-baju pun jarang dibeli. Pakai yang seadanya. Seluar, tudung, skirt macam-macamlah trend sekarang ni. Apatah lagi high heels ke, sandal ke, kasut ke. Selagi boleh diguna pakai, aku tidak akan menggantikannya. 

                Sebenarnya sebagai perempuan atau lebih sinonim wanita yang sedang menginjak umur-umur dewasa ni, haruslah untukku berperasaan seperti wanita-wanita yang lain. Hormon wanita ni sama je. Keinginan yang sama. Kehendak yang sama. Tak banyak bezanya. Cuma keyakinan yang membezakan. Mungkinlah! Yakin nak beli ke tidak. Yakin nak habiskan duit ke tak nak. Kan? Kan? Aku sekadar memberi pendapat di ruang fikiranku. Hanya diriku, akalku dan fikiranku yang berbicara kini. Tak salah rasanya. Sekali lagi aku bermonolog sendirian.

                Mardiah kulihat sedang ligat bermain dengan Galaxy Tabnya. Kami berjalan beriringan namun belum sepatah apa pun lagi bicara keluar mengiringi langkah kami. Aku hanya menikmati keindahan kampus. Malas mahu mengganggu Mar dengan kesibukannya itu. Mar ni untung. Orang senang. Tak payah PTPTN pun mak bapak dia mampu dari segala segi. Namun dia tidak sombong. Malah dia mengikut gaya-gayaku yang bukan sepertinya yang senang itu. Walaupun dilengkapi dengan pembantu rumah Mar tidak malas, malah bersih, kemas dan rajin. Aku senang dengan perilakunya. Aku kagum dengan kerendahan dirinya yang tidak menunjuk-nunjuk seperti siswa-siswi yang lain. Dibalik pemikiranku itu, aku tersenyum mengenangkan sikapnya. Fikiranku menerawang. 

                 “Dangggg...”

           "Ouch. Apa ni!! Mar !!” Lamunanku terhenti. Antara sedar dan tidak, kakiku sebelah kiri sudah pun berada didalam longkang kecil dihadapan kafe yang bakal kami kunjungi. Aku tidak begitu pasti apakah perasaanku ketika itu.

                “Astaghfirullah Suha! Apa dah jadi ni? Tolong!” Mar cuba meraih pertolongan. Kakiku tersepit di antara besi-besi longkang. Memang sebenarnya ada satu bahagian longkang yang mungkin rosak dimana ruangannya agak besar. Biasanya aku selalu mengelak apabila melaluinya. Namun tidak pada hari ini. Dan jika tidak berhati-hati maka akan terjadilah insiden sepertiku ini. Aku tidak tahu apakah perasaan ku ketika itu. Malukah aku? Walaupun pengunjung kafe tidak ramai namun insiden itu tetap menjadi perhatian dalam kalangan mereka. Sakitkah kakiku? Aku belum lagi merasa kesakitannya ketika itu. Aku hanya dapat melihat darah-darah keluar dari jeans lusuhku dibahagian betis. Kalutkah aku? Tidak!! Bukan aku yang kalut, namun Mardiah yang menggantikan kekalutan itu. Terasa sedikit kelucuan di atas apa yang terjadi namun aku tidak mampu untuk ketawa pula. Aku seolah-olah tidak dapat berfikir dengan waras. Terkejut! Ya barangkali terkejut dengan apa yang berlaku. Tiba-tiba aku merasakan kaki kiriku diangkat perlahan dari longkang itu dan di situlah kesakitanku bermula.

                “Tolong angkat kawan saya ni bang. Hantar ke klinik bang!” suara Mar yang serak menahan tangis sambil memegang bahuku. Aku terharu. Dan tentulah terharu bercampur dengan kesakitan yang kuhadapi kini. Sebak plus sakit! Tiba-tiba aku merasakan diriku didukung oleh seseorang. Aku kurang pasti siapa. Namun dengan beratku yang 48 kilogram ini mungkin hanya seorang lelaki yang mampu untuk mengangkatnya. Kalau pun perempuan pastilah dia pernah mewakili pertandingan untuk acara angkat berat. Nah! Kepalaku sempat lagi mencoret perkara yang bukan-bukan. Nasuha, Nasuha! Kini, aku seperti mahu marah kerana badanku diangkat sesuka hati oleh lelaki yang bukan muhrimku. Susah payah aku menjaganya selama ini. Namun jiwaku kian lemah. Badanku apatah lagi. Kesakitan di kaki kini menular ke seluruh pelosok badanku pula. Mulutku terasa ingin memaki ‘dia’ yang menyentuhku itu. Namun semakin aku terasa ingin marah, semakin itu pandangan ku kian kelam. Kabur dan bertukar gelap. Kepalaku berat dan pening! Ayat terakhir yang kedengaran selepas itu hanyalah, “Besi longkang tercucuk di betis kakinya, kita harus bawak dia ke hospital dengan segera!" 


mekjiwang®

No comments:

Post a Comment