Thursday, December 20, 2012

Bab 1 [Ayie's POV] #3



Buku nota depan mata masih kosong. Otak juga terasa kosong. Dah muak tengok kertas bergaris yang masih tiada tulisan, aku mula sasarkan pandangan ke arah tasik. Tiada yang menarik, aku memandang sekeliling. Kelibat beberapa pelajar menyapa mata. Nak tengok orang buat gelak-gelak pun tak ada mood. Dari tadi asyik keluarkan mood kosong. Straight face menjadi mask muka aku sekarang. Aku dongak ke langit. Panas. Tak berawan. Mata jatuh semula ke buku nota. What should I do?

                Empty. Aku tarik nafas dalam-dalam. 

                You should go back to your dorm, kiddo. Kaki mula berdiri. Buku nota sudah disumbat masuk ke dalam beg. Terus beg disilang. Aku mahu tidur. Tanpa sedar kaki mula menapak ke kolej. 

                Lagu Resistance nyanyian Muse menampar gegendang telinga. Aku seluk poket. Nama Aiman terpapar di skrin telefon. 

                “ Assalamualaikum,” perlahan sahaja suaraku. Mood malas masih menguasai diri.

                “ Waalaikumussalam. Where are you young lady?” soalan Aiman menyebabkan langkah aku terhenti. Aku telan air liur. Aik, kenapa bunyi macam marah je?

                “ Masih di kampus. Kenapa?” 

                “ Kata nak jumpa aku kat CAIS.”

                 Aku tepuk dahi. Ya Allah, aku lupa. Aku ada janji dengan Aiman! “ Tunggu aku. Aku on the way. 5 minutes, then I’ll be there.” 

                Tanpa tunggu jawapan Aiman, aku terus end call. Tak sanggup nak dengar bebelan hebat daripada dia. Dia dan nenek aku lebih kurang sama. Kuat membebel. Belum lagi masuk bab mengemas rumah. Lebih kurang sama jugak la dia dengan nenek aku. Perfectionist! Keluar shopping pulak, Aiman yang lagak macam gadis-gadis. Aku? macam kedi golf. Pembantu terhormat Aiman untuk angkat barang. Gender disorder agaknya kitorang berdua ni.

                Earphone dalam beg ditarik. Mp3 dalam poket diseluk. Baru je nak pasang lagu, aku terdengar bunyi jeritan. Segera kepala aku berpusing ke arah jeritan itu. Dari jauh aku nampak dua pelajar perempuan kelihatan kecoh. Seorang daripadanya terduduk. Eh? Masuk longkang ke? Aku tukar haluan dari menghala ke CAIS, menghala ke arah mereka kemudiannya. Niat mahu menolong.

                Kaki aku terhenti bila melihat seorang pekerja mendekati mereka berdua. Aku tengok pekerja tu cuba mencempung badan salah seorang daripada mereka. Terkehel kaki ke tu? Kemudian datang seorang lelaki.  Student jugak rasanya. Suddenly aku terdengar pelajar tu memaki hamun pekerja yang datang mula-mula. Kuat juga suaranya. Bulat mata aku tengok kejadian maki-memaki di depan.

                “Jerk!” aku mencebik. Benci melihat perangai orang yang tiada adab. Pekerja itu sekadar mahu membantu. Wajarkah diherdik dan dimaki hamun? Lagilah dia tu student. Sepatutnya tahu manners sebagai seorang yang educated. Stupidonosorous!
 
                Pekerja yang dimaki tadi masih tercegat di situ. Masih terkesima agaknya. Kesian. Fine! Aku tak boleh tahan tengok perangai manusia macam ni. Laju aku melangkah menghampiri mereka. Aku tak peduli apa yang berlaku. Yang penting, budak lelaki tu perlu diajar apa itu adab.

                Aku cuit bahu lelaki tu. “ Assalamualaikum sedara,” Aku tarik nafas. Perlu membedil sekali nafas je ni. Dan, bedilan perlu hebat. Dengan lafaz bismillah. 

                “ Boleh tak jangan nak maki hamun orang? Cakap elok-elok tak boleh ke? Apa kau ni mulia sangat boleh nak maki orang sesuka hati? Dia datang nak tolong, kau boleh pulak nak marah-marah. Tak payah jadi hero la kalau perangai busuk macam ni.”

                Aku lihat lelaki tu dah buat muka pelik. Aku peduli apa. Janji yang aku nak cakap dah cakap. Pekerja tu aku nampak macam tak ada reaksi. Mungkin tak dengar. Jarak kami agak jauh sikit. Aku tengok perempuan yang seorang ni terkebil-kebil pandang aku. Dan yang seorang lagi, eh? Darah? Is it blood? Gosh. Ayie, for the sake of yourself, run for your life. Now!

                Tak tunggu apa dah, aku pecut seribu. Dalam berlari tu aku terasa kepala aku dah mula berpusing. Tekak aku dah terasa mual. Please, jangan pengsan kat sini. Kalau tak, semua orang tahu, Ayie yang tak ada perasaan takut darah. A must-not-tell-anyone fact! Kepala aku makin berat. Aku berhenti belakang tiang fakulti mana ntah. Aku dah tak perasan. Dah dekat CAIS rasanya. Aku terasa tak mampu nak berdiri. Aku keluarkan telefon. Dail nombor orang yang aku percaya. 

                “ Help me please. Red code!” 

                Badan aku terasa hangat. Pandangan aku mula berpusing. Tapi kemudiannya, suasana terasa nyaman. Hilang pening. Hilang hangat. 

                Gelap. 

                Sunyi. 

                Kosong.

                                                             *********


Kepala aku terasa berat. Mata pun masih berpinar. Aku melirik ke sebelah. Eh? Teddy bear? Sejak bila aku peminat teddy bear ni? Mata aku membulat. Segera aku cuba mengenal pasti di manakah aku sebenarnya. Aku cuba duduk walaupun kepala masih berpusing. Macam gasing. Lepas tu baru aku sedar, ini bukan bilik aku!

                “ Oh, dah sedar Ayie?” aku menoleh ke arah suara yang menegur. Kelihatan seorang perempuan muncul dari sebalik pintu. Di tangannya ada sebiji gelas. Gelas itu diletakkan di meja yang berada di sebelahku. Dahi aku berkerut. Cuba mengingat siapa perempuan ini sebenarnya. Otak mula mengorek memori lampau. Tak boleh recall. Atau aku… dah lupa ingatankah? Tak mungkin. Aku masih ingat nama aku. Nama aku ayie. 

                “ Nah, makan ni,” dia menghulurkan dua biji pil putih kepada aku. Wajahnya terukir senyuman. Aku masih lagi tidak mampu beri reaksi. Dia menghulurkan pula gelas yang berisi air suam kepadaku. Lambat-lambat aku mengambilnya. Sekelip mata, pil itu aku telan bersama dengan air suam. Gelas bertukar tangan. Aku mahu bertanya sesuatu tapi mulutku seakan terkunci.

                “ Kejap lagi Aiman balik. Rehatlah dulu,” perempuan itu beredar meninggalkan aku keseorangan di dalam bilik. Terkebil-kebil aku melihat pintu putih di hadapan. Aku di mana ni sebenarnya?

                Aiman! Aku cuba seluk poket mencari telefon. Tiada. Aku pandang sekeliling. Beg aku juga tiada. Mp3? Aku seluk lagi poket sebelah. Mulutku ternganga. Alamak. Tak ada! Tiba-tiba aku rasa mahu menangis. Mp3 kesayangan aku hilang! 

                “Ayie!”

                Aiman masuk membawa bungkusan plastik. Huh? KFC? Aiman tersengih-sengih sambil meletak bungkusan KFC di atas meja. Bau KFC yang menyengat hidung terasa tidak membangkitkan selera. Oh, mp3 aku. “Oit, monyok ni kenapa? Kepala masih pening lagi ke?” Tangan Aiman ligat membuka plastik KFC dan mengeluarkan ayam dari dalamnya. 

                Nothing,” nekad tak mahu cakap. Aku pandang wajah Aiman. “Aku okay,” masih degil.

                Aiman menghulurkan 2 ketul ayam kepadaku. “ Habis tu, muka monyok macam muka tak siap ni kenapa?” huh? Monyokkah? Is my face really that obvious Aiman Fairuz?

                “Err… Kau nampak tak mp3 aku?” finally, tanya jugak. Mengalah.

                Aiman buat muka kelam dengan aku. Eh, kau ni kenapa? Aku tanya betul-betul.”Ni la mp3 kau.” 

                Aiman seluk poket dan mengeluarkan mp3 yang berwarna merah. Mp3 bertukar tangan. Terasa mataku bersinar-sinar melihat mp3 itu di depan mata. Aiman keluar dari bilik dan masuk semula membawa beg aku. Beg itu juga kembali kepada tuannya. “Kemain. Berseri betul muka dapat mp3 kesayangan dia tu balik,” Aiman memerli. 

                Aku hanya tersenyum. Pedulikan. Yang penting, mp3 aku dah kembali kepada tuannya. Sekarang barulah berselera mahu membaham ayam-ayam KFC ni. Tanpa menunggu Aiman, aku mencubit isi ayam dan memasukkan ke mulut. Alhamdulillah. Rezeki hari ni. Dari ekor mata aku nampak Aiman merenung aku. Gaya tak puas hati. Tak semena-mena terasa aura bunuh daripada Aiman. What did I do wrong now? Chill Ayie, chill!

                Aiman duduk atas katil sebelah aku. Uh-oh. Screw me. “What happened to you actually? Sampai pengsan bagai?” Aiman memulakan edisi siasat.

                Aku mengunyah ayam lambat-lambat. How I’m going to tell him the story? The truth? Kebenaran yang aku menyembur mamat mana ntah then nampak darah lepas tu lari dan pengsan? For him, ini stok gelak ketawa untuk 10 tahun akan datang. Aku pandang Aiman. “Kau rasa apa?” Soalan dibalas dengan soalan.

                “Kau ingat aku ni ahli nujum ke? Mana la aku tau.” 

                “Tipu. Kau tau. “

                “Serius. Tak tau.” 

                Okay. Aiman serius. Tak senyum langsung. Aku kembali mengunyah makanan. Jawapan untuk menjawab tanda tanya Aiman dibiarkan tergantung sebentar. “Red code,”

                Aiman berkerut dahi. Kemudian melopong. Aku angkat kening. Motif?

                Seriously?” 

                Serentak itu, terdengar hilai ketawa daripada Aiman. See? Ini aku malas nak bercerita. Malas, malas! Baru cakap red code, belum lagi dengar berita sepenuhnya. Arghh. Cancel full story. Cukup la red code.

                “Darah siapa yang kau tengok ni?” tanya Aiman dengan ketawa yang masih bersisa. Aku mencebik. Nak nak je aku cepuk kau dengan tulang ayam ni haa.

                “Entah, tak tau. Ada budak perempuan yang jatuh kat longkang. Kaki dia luka,” ayam yang tinggal setengah diletakkan ke tepi. Hilang selera bercakap pasal darah. Disgusting much!  “Bak air please.

                Air pepsi dihulur. Aiman masih tersengih. “Aku ingat kau tipu masa kau call cakap red code. Betul rupanya,” Aiman buat muka troll. Aku kepal penumbuk dan tayang penumbuk kecil comel di depan Aiman. Bunyi gelak kedengaran lagi walaupun agak halus suaranya. 

                “Jerk!” 

                Aiman buat muka toya. Aku kepal penumbuk lagi. Bawak askar tambahan, teddy bear di sebelah aku tarik. Bakal jadi soldadu pertahanan di depan. Oh, teddy bear! Almost terlupa. 

                “Ni rumah siapa eh?” dari tadi aku nak tanya. Aiman tengok aku dengan mimic muka pelik. Asal mamat ni tengok aku macam tu? Aku buat salah lagi ke? Serius aku naik risau bila Aiman buat muka pelik tu. Rasa nak tumbuk pun ada jugak. 

                “Lupa ke?” Huh? Lupa apa? Kejap. Nak ingat balik. Perah tenaga kuat-kuat. Nak ingat punya pasal. Aku pandang seluruh bilik. Teddy bear penuh satu bilik. Eh, teddy bear? Ah? Kak Husna!

darkchoco®

No comments:

Post a Comment