Monday, January 28, 2013

Bab 2 [ Ayie's POV] #2



Aku pandang keluar tingkap. Hujan. Fulamak. Kalau tidur ni mesti seronok. Tapi, ada temujanji dengan Aiman. Ni lagi sorang. Tak boleh tengok aku senang. Ada je aktiviti nak dibuat. Tak reti duduk diam langsung! Roomate aku pulak entah dari bila lesap. Aku bangun Subuh dia ada lagi berkubang kat atas katil. Aku solat Dhuha dia masih lagi menempek. Cuti katakan. Dan aku keluar pergi mandi pun, dia masih ada lagi. Tapi, balik dari mandi terus hilang dah. Aik. Budak ni tak mandi terus keluar? Hentam je Didi, hentam.

                Pintu almari kat depan aku terbuka luas. Nak korek cari baju untuk keluar kejap lagi. Aku rasa aku la manusia paling sikit koleksi baju agaknya. Aku bukan perempuan yang tahu berfesyen. Ini la yang Aiman selalu kutuk. Aku redha je dia kutuk aku tu. Janji aku selesa dengan apa yang aku pakai. Dalam almari aku ni baju aku ada tiga warna je. Hitam, merah dan coklat. Majoritinya hitam. Senang nak gayakan. Lagi satu, tak la nampak sangat aku ni gebu. Haha. Ini satu lagi kutukan yang aku biasa terima daripada Aiman. “Kau chubby la Ayie.” Ok, fine!

                Bunyi message tone telefon menganggu pencarian harta karun aku. Perlahan aku merangkak ke katil. Kat situ la garaj telefon aku. Tepi bantal atau bawah selimut atau bawah bantal atau bawah katil. Sebab tu asyik meragam. Asyik jatuh gaung je. 

                Klik! Klik! Klik. Oh, mesej daripada Aiman.

                - Eii budak. Jgn lupa. Date dgn aku. Tggu aku kat cafe lakeview. Btw, x pyh nak lawa2. Aku bwk member. Dia buaya. Trimas.

                Huh? Macam-macam je kau ni Aiman.

                - Pnh ke aku lawa? Haha. Buaya? Lebih kurang je mcm kau.

                Sent.

                Tak sampai seminit, ada mesej masuk. Pantas!

                - A’ah la ye. Mmg x pnh. Xpe la. Be yourself. Bye. Jgn lambat. Siap la kalau lambat. Lg satu, aku bkn buaya. Aku mmg gentleman. Tata.

                Bulat mata aku tengok mesej daripada Aiman. Boleh tak aku lempang kau? Haishhh. Kureng asam punya member. Sedap betul menghanjeng aku sekarang. Takpe, takpe. Ada ubi ada batas, ada hari aku balas. Wait for it, ponde!

                Pintu bilik ditolak. Segera aku toleh. Aku lihat Didi masuk dengan rambut ala-ala hantu Kak Limahnya. Sah tak mandi lagi ni. Entah dah gosok gigi ke tidak.

                “ Kau pergi mana tadi Di?” 


                “ Aku lawat kawan aku kejap tadi. Aku baru tahu dia accident semalam,” Didi kembali merebahkan diri atas katil. Siap peluk-peluk lagi dengan bantal busuk dia. Tapi busuk lagi la bantal busuk aku. Haha.

                Accident? Kereta? Teruk ke?” 

                “ Bukan. Jatuh longkang je. Tapi berjahit jugak la kaki dia,” Hah. Didi sebut-sebut pasal jatuh longkang ni teringat kejadian semalam. Memalukan je. Boleh pengsan pulak. Kejadian pengsan ni Didi tak tahu lagi. Kalau dia tahu alamatnya kena bebel la aku. Baik dia tak perlu tahu. Lagi bahaya dia tahu berbanding dia tak tahu.

                “ Oh. Jatuh longkang. Semalam pun aku ada tengok orang jatuh longkang. Banyak pulak darahnya,” Aku tarik long sleeve coklat. Pintu almari aku tutup. 

                “ Ye ke? Kat mana? Eh, kejap. Darah? Means that ko ada tengok la darah dia?” Didi angkat kening. Aku pandang Didi.       

                Uh-oh.  Busted! Asal mulut aku ni tak boleh nak berdiam diri sekejap?? Bye Ayie. Please rest in peace. Sigh. And you need to write a will instead.

                “ Errrr.” Cettt! Gagap pulak. Alamak. Aku terasa dah aura gelap cik kak depan aku ni. What I’m going to do?? SOS!

                I’m pretty sure that the code red was activated yesterday, isn’t it?Bingo! You are dead Ayie. Aku buat muka kelam. Muka innocent. Haih. Nak pandang Didi pun aku tak mampu dah. Air liur terasa pahit. Help!

                Aku beranikan diri pandang Didi. Ohh. Ganasnya wajah Didi! Scary.

                “ Difa, tell.

                Ringkas. Padat. 

                Dan, dead end. Didi dah panggil aku dengan nama Difa.

                Okay. This is the truth. Yes buddy, you guessed it right,” Terpaksa cakap. Didi ada aura kau-tak-terus-terang-siaplah. Yup. That kind of aura. Pity me.

                Didi bangun dari katil. Aku dah berdebar. Didi duduk sebelah aku. Jantung aku nak terkeluar dah. Didi letak tangan kat bahu. Peluh mula menitik. Didi tarik leher aku. “Why…”

                Tetttttttt… Dead.

****

                Dari jauh aku nampak Aiman duduk di salah satu meja di cafe. Alamak. Dia dah sampai dulu. Again, I’m dead. Memang menempah bala je aku sehari-hari ini. Sabar je lah. Aiman nampak aku berjalan ke arah dia. Terus Aiman tenung aku macam nak tembus. Ingat aku ni hantu ke apa? Sampai depan Aiman aku terus duduk. Dan, buat-buat tak tahu dengan signal muka nak cari gaduh tu.

                Masing-masing diam. Aku la kena tegur dulu ni? Lambat 15 minit je pun. Itu pun tak sengaja. Didi la buat sesi kelas tutorial dengan aku. Berdarah jugak telinga dengar lecture dia tadi. Aku redha dua orang yang rapat dengan aku dua-dua suka bebel. Spesies makcik-makcik.

                “ Mana kawan buaya kau?” Mengalah juga aku akhirnya. Aiman hanya diam. Aku nampak dia seluk beg. Satu tin nescafe latte dikeluarkan.

                “ Nah.” Tin dihulur.

                Aiman memang suka buat aku rasa bersalah. Bencilah. Arghh. Fine.I’m sorry.

                Aiman tak ada reaksi. Hanya pandang aku. Riak masih serius. Kalau aku ada M16 memang dah lama aku tembak muka Aiman ni. Tapi, tak mampu. Dia dan Didi je la kawan yang aku ada. Siapa nak berkawan dengan minah freak macam aku? Tak fashionable.Totally nerd – tapi tak pandai pun. Tak reti nak bergaul jugak. 24 hours dengan mp3. Telinga asyik tersumbat dengan ear buds. Tak ada siapa nampak ear buds di sebalik tudung aku ni. Bila orang panggil ke, cakap ke, kalau time tu aku dengar lagu memang la aku tak bagi reaksi. Then, kena cop sombong. My bad.

                “ Kau cakap apa? Tak dengar,” Akhirnya Aiman bersuara. Tapi dengan nada yang menusuk kalbu. Sinis.

                I said, I’m sorry,” Aku kuatkan suara sikit.

                “Susah sangat ke nak mintak maaf? Kau lambat. That’s the first thing you must do. Apologizing,” Keras suara Aiman. Aku tunduk. Terkulat-kulat kena marah. Oh, inilah Aiman. Manusia yang cakap straight forward. Apa yang dia tak suka, dia cakap terus. Tak main cakap belakang. Terus sembur. Yang aku sembur mamat semalam tu pun hasil pembelajaran daripada Aiman jugak.

                I’m sorry. Aku tak buat lagi.” Masih lagi pandang lantai. Lantai ni nampak lagi hensem daripada Aiman. Okay. Aku takut nak pandang Aiman sebenarnya. 

                “ Sudah la. Minum nescafe tu. I’m sure kau mesti haus. Jauh kau jalan dari kolej. Kau tu bukannya nak naik bas,” Aiman sambung bebel. “ Tak payah buat muka cemberut. Jangan nak burukkan muka yang dah sedia ada macam tu.”

                Aku terus naikkan kepala pandang Aiman. Nampak dia tersengih-sengih. Bila mengutuk aku cepat je mood dia berubah. Sabar Ayie, sabar. Sahabat dunia akhirat kau tu. Seperti biasa, aku kepal penumbuk lepas tu tunjuk depan Aiman. Again, itu saja termampu. 

                By the way, asal ko lambat?”

                “ Didi lecture aku dalam bilik tadi.” Nescafe aku teguk perlahan.

                “ Pasal apa?”


                “Code red semalam la. Dia dapat tahu.”

                “Eh? Macam mana dia tau?”

                “Aku terlepas cakap.” Nescafe di tangan aku teguk sampai habis.

                Aiman tergelak. “Memang tak boleh berahsia la kau.” 

                Aku sengih. Dengan budak berdua ni aku memang tak boleh nak berahsia la. Aku akan cakap segala benda dan anehnya I’m doing it unconsciously. Tak perasan pun aku terpecah rahsia sendiri. Mungkin sebab aku dah terlalu comfortable dengan diorang berdua. Percaya seratus peratus. Diorang ni macam my other half. Aku rasa kalau tak ada Didi dan Aiman memang mati kutu la aku kat sini. No social life, perhaps. Kesian aku. 

                Telefon Aiman berbunyi. Sedang dia sibuk berborak dengan siapa entah, aku pandang kawasan keliling kafe. Mata aku kemudiannya terpaku kat sekumpulan pekerja. Pekerja minum-minum kat situ memang tak aneh. Tapi, apasal ada perempuan tersesat kat group pekerja ni? Student pulak tu. Tengah berbual dengan seorang pekerja. Jarak antara diorang berdua dengan pekerja lain agak jauh sikit. Sayangnya, aku dapat tengok je. Tak boleh dengar perbualan diorang. Jauh sangat. Perempuan tu, she looks familiar. Aku pernah tengok ke? 

                “Hoi! Tengok apa tu?” Jerkahan Aiman mengejutkan aku. Eh eh budak ni. Terkejut aku. nasib baik aku tak ada heart attack ataupun panic attack. Kalau tak, aku buat lagi scene pengsan macam semalam. 

                “Takde. Aku tengok perempuan tu. Macam kenal,” Aku tunjuk dengan muncung mulut. Aiman menoleh ke arah yang aku tunjukkan. 

                “Oh, aku tak kenal. Tak familiar.

                “Biar je la.”

                “Kejap lagi kawan aku sampai tau!” beritahu Aiman. Aku hanya mengangguk. Tak berminat pun dengan kawan Aiman ni. Lagipun aku memang tak berapa ngam dengan kawan-kawan Aiman yang lain. Diorang macam ada masalah je dengan aku. Ye lah. Siapalah aku kan? Hamba pacal yang hina. Cewah! Bukan main bermadah lagi kau Ayie. 

                Sorry Man. I’m late. Ada hal tadi,” Aku terdengar ada suara di belakang aku. Aiman terus berdiri dan bersalam dengan lelaki yang baru datang tadi. Terus aku toleh belakang. Nak tengok siapa member Aiman ni. Dan, aku terkejut. 

                “ Kau??!” Aku tergamam. Aiman dah berkerut. Pelik.

                This couldn’t be!

                Tapi, dia berkerut juga. Macam hairan. Eh?
  
darkchoco®

No comments:

Post a Comment