Monday, January 28, 2013

Bab 2 [Nasuha's POV] #3


               “Dia memerlukan rawatan segera.”
               
               “Perlu masuk wad. Sekarang.”

                “Is she okay doctor? Saya kawan dia.”

                “Kami perlukan nombor telefon parents atau relatives dia.”

                “Awak, awak tolong tengok dalam diari tu, please.”

                Sayup-sayup kedengaran suara orang bercakap tetapi terasa hingar-bingar. Suara yang kedengaran kurang jelas dalam pendengaranku. Aku terasa berada di awang-awangan. Ringan sekali rasanya. Mataku terasa silau apabila sinar lampu terang menerangi ruang kornea mata. Pandanganku terus kabur dan kemudiannya seratus peratus kelam. Hitam. Gelap. Pekat.

***
                “Awak okay?”

                 “Eh, siapa dia ni?” aku bermonolog. I tried to brain the good looking man in front of me. He looks familiar. Jelingan mata itu terasa kukenali. Ya, jelingan mata yang serupa dengan jelingan mata Adiputra, kekasih gelap yang hari-hari menjadi fantasi dalam imaginasiku. Cuma, dia kurang gelap. Kulitnya putih. Dia juga mempunyai bau yang sangat harum. Aku menarik nafas sedikit, cuba menghadam lagi bau harum milik lelaki di hadapanku ini. 

                Kemudian, aku tersedar.  Astaghfirullahalazim. Ya Allah, apa sudah jadi dengan aku ni? Lepas pengsan tadi terus berubah personaliti menjadi gadis yang menggatal tak tentu pasal. Haram sungguh perangai! Cepat-cepat aku beristighfar kembali. Aku memejam mata. Mahu mengusir segala bisikan syaitan yang mendatang.  

                “Suha!” aku terdengar derap langkah kasut perempuan yang kian menghampiri katilku. Suara yang amat aku kenali. Aku bersyukur. Mardiah! Aku membuka mata kembali. Kelihatan Mardhiah masuk dengan wajah yang kerisauan sambil menjinjing satu bungkusan plastik.

                “Kau okay?” aku merenung wajah Mardiah. Aku terasa hendak ketawa pula apabila melihat wajah Mardhiah yang kerisauan itu. Geli hati melihatnya. Comel je sahabat aku yang seorang ni. 

                “Tak okay lagi tu. biarkan dia berehat dulu,” lelaki tadi menjawab bagi pihakku. Bagi aku, itu agak kurang sopan. Belum berkenalan lagi sudah mahu memandai-mandai menjawab untukku. 

                “Mar,” kataku sepatah. Aku masih terasa lemah namun masih lagi mahu bercakap. “Kaki aku macam mana?”



                   “I’m very sorry. I don’t know. Aku...  aku baru je balik dari jumpa Dr.Siang hantar case study report. On the way ke sini tadi, aku dapat forwarding message from our classmate. He said by hook or by crook, report kena submit hari ni jugak. Kau tau je lah orang tua tu! Sat gi kena lontar dia telur busuk kat case study kita nanti.  Lepas hantar kau, aku terus blah masuk kampus balik. Sorry.” Mar menerangkan dengan laju bak enjin turbo. Kesal bunyinya.

                “Tak...”

                “Her leg’s okay. Doktor Hafiz cakap as long as dia makan antibiotic, cepatlah kuman-kuman karat besi tu mati.” Ujar lelaki itu sebelum sempat aku menghabiskan kata-kata.

                Aku menoleh ke arah lelaki itu. Aku tak habis cakap lagi, dia dah potong apa yang aku nak cakap. Kerja dia ni memang potong cakap orang je eh? Aku mula rasa kurang senang dengan lelaki ini. Aku buat rolling eyes, tanda jengkel dengan kelakuan dia. Kalau ikutkan hati mahu saja aku angkat tangan atas bahu dengan muka menyampah sekali. Aku memandang Mardiah sambil main mata dan mengangkat kening. Signal rahsia kami berdua sebagai BFF.

                “He’s the one who saved you. Dia yang bawak kita datang sini.” Jawab Mar sekaligus memahami signal yang aku berikan tadi. Jawapan yang diberikan oleh Mar membuatkan aku terkesima. Ya Allah. Ini la orang yang dukung aku tadi? Hish. Ingat ni AJL ke? Apa? Ingat aku Adira yang Aaron Aziz boleh peluk dukung sesuka hati? Hati aku tak semena-mena rasa terbakar. Panas. Mahu saja aku carut atau cakar lelaki di hadapanku itu.

                Tak boleh ke hanya tolong papah aku masuk dalam kereta? Tak boleh ke dia angkat tangan aku sama-sama dengan Mar ke kereta? Tak pun heret je lah aku tadi. Kenapa mesti dukung? Kenapa? Aku merengus geram. Jelingan maut aku hadiahkan kepada mamat itu. Wajah lelaki itu berubah. Mungkin nampak terlalu jelas aku tak suka kehadirannya di situ. Pedulikan. Hatiku lebih sakit mengenangkan apa yang berlaku hari ini.

                “Hurm... kau pengsan masa tu. Memang jatuh atas jalan. Kau ingat aku dapat ke dukung kau?” satu-satu Mar terangkan seakan-akan mengerti perasaan tidak selesa ku terhadap lelaki tu. Aku cuba mengingati semula kejadian tadi. I don’t even remember a thing. But, he smelled different masa dukung aku. Tak kan sekarang dah sembur minyak wangi setong, kot? Aku tarik kening. Sudahlah. Persetankan bau tu. Kedengaran keluhan halus dari mulutku. 

                “Anyway thanks.” Akhirnya aku cuba maniskan muka dan berterima kasih kerana membantu aku semasa aku dalam kesakitan. Aku cuba mengikhlaskan ucapan terima kasih itu walaupun aku terasa ucapan itu hanya ada setengah ikhlas. Kemudian, aku lihat dia senyum.

                “No thanks please. Awak ringan je.” 

                Kata-kata yang baru diucapkannya tadi kembali membakar lagi hatiku. Mangkuk punya jantan! Kau ingat aku suka kau gedik-gedik cakap macam tu kat aku? Mar ketawa. Mungkin ternampak ekspresi wajah aku yang kelat menahan rasa menyampah atau menyokong kata-kata lelaki itu. 

                “And, I’m Adi.” Sambungnya semula.



                Ya Allah. Nama dia Adi jugak? Adiputra ke? Ya Allah. Adakah doa aku nak jumpa Adiputra depan-depan termakbul dengan hadirnya lelaki-berjelingan-mata-adiputra ni?

                “I want to have a rest. Can you please leave me and Mar alone? Saya tak selesa ada lelaki.” Kataku terus terang walau dalam hati berkocak taufan bercampur-baur dengan angin sepoi-sepoi di taman bunga.

                Actually, I’m mad. Mad with his annoying attitude of cutting people’s line. Marah sebab kegedikan melampau nak dukung anak dara orang. Dan... marah kerana dia mempunyai jelingan yang menikam kalbu. Aku cuba menahan perasaan. Tidak mahu terbuai. Tidak sesekali!

                “Sure, no problems Nasuha. Saya tunggu di luar.”   
         
                Aku hanya tunduk. Sengaja mengelak daripada bertembung dengan pandangan membunuhnya. Dia kemudiannya menapak ke luar. Hilang sahaja kelibat Adi di sebalik pintu, Mardiah terus duduk di sisiku. Lain benar tingkah sahabatku ni.

                “Kau apasal?" Tanyaku.

                 ''Hahahaha. Handsome kan?” Dah agak.

                “Sangat!!” jawabku pendek tapi dengan nada sindiran sinis. Ketawa Mar pecah lagi. Aku hanya menggeleng melihat karenah Mardiah.

                “Alah... rileks la. Untunglah kau ada lelaki handsome dukung.”

                “Dia ambik kesempatan.”

                Mata Mardiah terbeliak. “Ya Allah Nasuha oii. Cubalah bersangka baik sikit. Kalau dia takde, macam mana kau nak pergi ke klinik? Nak harapkan doktor Myanmar kat kampus kita tu? Tang dia bagi je panadol macam selalu, tak ke naya?”

                “Kau kan ada? Kenapa kau tak dukung aku je?”

                “Alahai, merajuk pula anak kesayangan Prof Prashnant sorang ni. Sorry...

                “Yelah, nasib handsome.”

                “Who? Prof Prash?”

                “Aku tak cakap apa-apa pun.”

                Senang hati bertemankan Mardiah. Ada saja lawak entah apa-apa yang buatkan aku ketawa serta membuatkan aku lupa sebentar ngilu di betis kanan ku.

                “Nasuha, you’re awake? Feeling good?” Doktor Hafiz seperti yang tertera di nametag nya menyapa.

                “Yes, I guess I’m great.”


                “You’re injected by antitetanus already, so I guess you’ll be okay, as long as you take the anti-biotic. Banyak darah you keluar masa we all nak keluarkan besi halus tu. That besi berkarat dah, and you cut yourself with that dirty besi and we’re afraid you’ve risk of getting Clostridium Tetani in the wound.”

                Aku anggukkan saja bila dia terangkan dengan segala istilah mediknya. Walaupun sebenarnya aku tak berapa faham dengan istilah-istilah itu. Tapi, aku memahami apa yang hendak disampaikan oleh doktor itu.
                “Terima kasih. Jadi, saya boleh discharge hari ni jugak kan.” Tanyaku segera. Tak betah nak tinggal lama-lama kat sini.

                “Why lil girl? You dah rindu dengan boyfriend you ye? He’s the one yang ke hulur ke hilir, bimbangkan you. Sampai my nurses annoyed. Haha.” Kata-kata doktor itu membuatkan aku berfikir sejenak. Boyfriend? Siapa? 

                “Nasuha.” Kedengaran suara Adi menyapa.
                Kenapa kau masuk lagi????? Arghhh... Aku hanya mampu terjerit dalam hati.

                “Here he is. Mr. Boyfriend, you can bring your girl back home now.” Tutur Dr. Hafiz.
                Aku menjeling ke arah Mar. Dia dah sakit perut ketawa. Ketawa sambil menahan-nahan perut.

                “Jom.” 

                Senyumnya dengan jelingan mata tu. Sekali lagi badan aku rasa lemah. Aku memerlukan bantuan Didi. Seorang sahabat lama yang merangkap kaunselor peribadiku. Mungkin dia tahu bagaimana mahu mengusir perasaan yang aku rasakan tidak enak ini. Ya Allah, tolong hambaMu.

***


                 Genggaman pada telefon bimbitku semakin kuat. Perlu ke tidak nak beritahu pada Didi semua yang mengganggu hati, jiwa dan perasaan ini? Terasa seperti agak menganggu Didi pada waktu pagi-pagi begini. Tapi, perkara yang aku hendak bincangkan kepada Didi sudah mendidih dalam kepala. Sudah mahu menggelegak keluar. Terlalu memeningkan kepala.  Perkara ini agak merisaukan aku. Bibirku ketap perlahan. Aku masih lagi berkira-kira sama ada mahu berterus terang dengan Didi atau membiarkan sahaja perkara ini kekal rahsia.

                Skrin telefon aku tenung lama. Perlahan jari jemariku menaip pesanan ringkas untuk dikirimkan kepada Didi. Aku baca semula apabila pesanan ringkas itu siap ditaip. Tak semena-mena, aku memadamkan semula pesanan itu. Apa yang kau buat ni, Nasuha? Make up your mind please. Kenapa susah sangat nak buat keputusan? Keluhan terbit dari mulutku. Besar ke masalah aku? Cuma ada rasa pelik bila terpandang lelaki itu sahaja. Tiada yang lain. Mungkin kerana ini pertama kali. Mungkin.

                Tap tap tap. Mesej ditaip dan selamat dikirim kepada Didi. Maaf Didi kerana menganggu pagi-pagi begini. Biarlah. Aku sudah malas mahu memikirkan lagi. Selimut ditarik semula. Pagi masih dinihari. Mahu lelap mata sebentar sebelum sesi meluah bersama Didi kemudiannya. Semoga baik-baik saja nanti.


***

*Penulis mekjiwang terpaksa berhenti menulis seketika di atas sebab kehamilan beliau yang kian sarat. Semoga beliau dan kandungan sihat dan selamat hendaknya.

Idea asal: muckyfingers
Olahan semula oleh: darkchoco            

No comments:

Post a Comment