Monday, January 28, 2013

Bab 2 [Mahathir's POV] #1



Macam biasa sebelum subuh2 lagi aku dah bangun. Aku dengar sayup2 suara Mak tengah ngaji. 

“Kau tu bila lah nak pandai sujud ngan Tuhan?” Marah Mak aku tiap kali aku bangun awal macam nak qiamullail tapi tak solat. Aku macam biasa, diam, takda jawapan.

Ke dapur--ada secawan kopi panas dan roti krackers cap pingpong. Setiap hari, aku berselera hari2 dengan sarapan aku. Mak tak pernah tak sediakan sarapan dan makan malam kitorang. Ya, hanya dua kali sehari biasanya aku makan. Tak bervariasi, tapi, ada---itu penting. Orang lain mungkin lebih malang, tak kenal apa itu sarapan---mengais pagi hari, dapat duit tengahari, hanya makan pada petang hari. 

Aku jenguk bilik mak---nak tengok Juna, masih lagi dalam selimut, tidur kaku. Aku cium dahi dia.

“Mak, orang nak turun ni.” Sambil usap kepala adik aku.

“Baju hujan jangan lupa pakai.” Dari dalam rumah aku dapat dengar air hujan jatuh atas zink ibarat Thor nak datang ke bumi. Lebat. Memang sebijik macam Thor dan Loki, berkelahi.

Aku ambik tangan Mak, cium tanda hormat aku ngan orang tua hebat ini.

“Nah, buat belanja.” Hulur Mak RM10.

Aku terharu. Hati sorang Mak memang tetap hati sorang Mak. Perasan agaknya dengan olahan kusut anaknya semalam.

Aku pasang baju hujan kuning tu dan start jalan---jalan kaki, ke stesen bas. Nak ke unimas kena ambil 2 bas. Dari rumah ke pasar, dari pasar, ke sana. Seat belakang hujung sebelah kiri; macam biasa, kosong. Semua orang dalam bas ni tahu kot seat tu aku yang punya!

***


Company Simon ambik projek buat Kompleks Islam di sana. Bukan dia tak sediakan rumah untuk pekerja dia tinggal sementara, cuma aku malas nak stay dalam---bosan. Sebab berada di dalam universiti terpaksa ikut undang-undang diorang. Bukan tak boleh blend in dengan mat-mat indon suma, aku kadang-kadang suka lepak dengan diorang---walau bahasa aku kurang paham sebab bunyi tak sama macam dalam sinteron Mak aku tonton petang2, tapi lepak2 ngan diorang ni seakan-akan bagi aku satu nilai hidup--- sangat berharga.

Mereka ni tak semua sejahat yang masyarakat kita dah cerminkan-media kita sebarkan. –Tak semua.



‘Orang masuk lokap---ada sebab. Orang buat jahat---ada sebab. Sebab jahat atau baik je tentukan diorang jahat atau baik.’ Prinsip aku.

Macam kes peragut di UNIMAS bulan lepas---aku kenal si peragut sebagai Kadi. Dia sebaya ngan Abang Sompong---bezanya aku tak panggil Kadi, abang. Hari tu, bini dia di Indon called, anak dia sakit, dia nak balik, tapi Simon dengan celakanya sengaja tahan passport dia. Abang Sompong cakap, Kadi mabuk malam tu, esoknya, sengaja dia ragut pelajar perempuan---bukan takat ragut tapi ugut---mintak orang ramai panggilkan polis, kalau tak, dia cederakan budak tu.

Natijahnya, polis datang macam yang Kadi nakkan. Akhirnya, dia dihantar balik Indon. Lagi senang daripada mintak baik-baik ngan bos lahabau. Setakat jahat di mata orang, apalah sangat, kan. Asal keluarga dia masih cinta.

 ***




Hujan masih lebat sesampainya aku di UNIMAS. Dari luar kampus, aku berjalan laju menuju Kompleks Islam. 

            “I was a lostboy that was found. Drowning underwater. Smothered by the pressure. I was a lost toy now I'm found. You patched me back together. Sewing up the…”  Nokia sabunku berdering.

“Abang Sompong.” Di skrin handphone.

Belum sempat habis korus ringtone tu, aku jawab.

“Kamu di mana? Yuk, makan pagi, yuk. Sponsored by Simon. Hihihi” Geli hatinya sebab tiba-tiba speaking. Dapat aku imagine-kan tangannya mengcover gigi rongaknya masa ketawa. 

‘Rupa dah macam Ariel, tapi gigi rongak. Memang offside, takpun red card terus!’ – teringat brother joke yang aku lemparkan untuk sedarkan diri dia masa dia nak ushar student kat sini.

“Korang kat mana bang?” Tanya aku pendek.

“Kafe Lakeview.”  Terus letak telefon.

Cepat langkahku, sejuk. Kalau pekena kopi panas ni, layan nikmat dunialah maknanya! Aku tak terus duduk di meja mereka bila sampai. Dari jauh aku bagi signal ngan mereka yang duduk semeja --- aku terus pergi order.

Masa hujan-hujan camnilah ramai budak-budak U ni lepak sini. Malas aku nak peduli bila diorang start pandang2 aku yang bert-shirt lusuh yang nampak-macam-penjahat-lah-konon. Muka aku penyangak sangat ke? Atau kacak macam Michael Scofield, walau dia takde rambut? Positive, Mahathir.

“Bang!” Ada sorang budak pompuan mendekat. Hairan. Kau panggil aku ke? I have no idea who is she.

“Bang, terima kasih sebab tolong kawan saya hari tu.”  Aku kerut kening. 

“Oh..” terus keluar sepatah, macam kera sumbang kaki patah, sambil kepalaku flashback kejadian menyakitkan hati aku, semalam. Kawan budak masuk longkang, fikirku.

 “Saya Mardiah, panggil je Mar.” Senyumnya, mesra---macam dah kenal aku tujuh tahun.

“Okay.” Senyumku, serius, tak ikhlas.

Dia hulurkan tangan, tanpa ragu---macam aku ni komfem bukan perogol bersiri. Aku hairan. Budak ni tak takut ke ngan pekerja buruh selekeh bermuka penyangak macam aku? Macam yang lain-lain tu? 

Aku masih statik, masih dalam mode ‘Thir, ko kena fobia-social’

Dia yakinkan aku dengan mata-bersinar2-angguk-kepala-macam-nak-pastikan-ia-selamat-pada-budak-kecik.

Salam tersambut, tanpa sedar. Mungkin sebab hipnotis mata contact lense besar kaler kelabu tu yang menggerakkan aku menyambut salam.

“Kita kawan.” 

What the fuck. That’s more to an order. Statically silence still.

 “Saya pergi dulu. Sekali lagi, terima kasih, terima kasih sangat-sangat.” Terus dia berlalu pergi.

Aku angguk. Kali ni aku senyum, ikhlas.

Mungkin, ini pertama kali aku rasa dihargai, sejak Opi pergi.

Mungkin, sebab bertambah seorang lagi kawan dalam senarai kawan aku yang tak sampai pun dua page kertas kajang. Thanks lah sebab sudi jadi kawan aku, wahai pompuan contact lense yang namanya … errr. Fuck! Aku dah lupa pulak siapa nama dia.

Sigh.

Sambil sirup kopi, sambil ingat Opi, sambil senyum, terus ke meja mereka.

muckyfingers®

No comments:

Post a Comment